KUALA LUMPUR: Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.
Dalam satu perutusan sempena Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2024 hari ini (21 Mac), Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, menekankan kepentingan hutan bukan sahaja sebagai aset semula jadi negara.
Bahkan hutan juga menyediakan habitat, makanan, perlindungan serta sumber bekalan air dan udara bersih untuk manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
“Hutan perlu dipelihara dan dipulihara bagi meningkatkan ketahanan ekosistem yang semakin terancam serta membantu dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
“Hari Hutan Antarabangsa disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan, pemeliharaan dan pemuliharaannya demi kesejahteraan masyarakat dan kestabilan alam sekitar,” katanya.
Bersempena tema sambutan pada tahun ini adalah Hutan dan Inovasi (Forests and Innovation) ia memberi penekanan terhadap kepentingan inovasi dalam sektor perhutanan sebagai penyelesaian baharu untuk kelestarian alam dan dunia yang lebih baik.
Tambahnya lagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah memimpin pelbagai usaha inovatif untuk menjaga hutan negara.
Melalui agensi seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), pelbagai teknologi telah digunakan supaya sektor perhutanan di negara sentiasa relevan mengikut peredaran masa.
“Bagi tujuan pemantauan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia, Inovasi dan penggunaan teknologi seperti satelit, dron dan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System-GIS).
“Sistem seperti e-Geospatial Perhutanan (e-GP), Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS Plus) dan Forest Fire Big Data Analytics (BDA) juga digunakan,” tambahnya lagi.
Manakala, Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membangunkan sistem iForSabah bagi aktiviti pemantauan hutan di Wilayah Sabah.
Jabatan Hutan Sarawak pula telah membangunkan sistem Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang menggabungkan analisa imej satelit dan mengesahkan titik koordinat dengan menggunakan pesawat.
“Penggunaan teknologi terkini dan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dalam mencari penyelesaian baharu demi memelihara dan memulihara khazanah hutan negara hendaklah terus diperkukuh dalam mengekalkan kelestarian alam.
“Kerajaan akan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992,” tambahnya lagi.
Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests) diisyhtiharkan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (The United Nations General Assembly–UNGA) pada 21 Mac setiap tahun.
Astro Awani
Thu Mar 21 2024
Hutan juga menyediakan habitat, makanan, perlindungan serta sumber bekalan air dan udara bersih untuk manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. - Gambar hiasan
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.
Dasar Perhutanan Malaysia: AS$100 juta dijangka dibawa masuk melalui MFF - Perdana Menteri
Malaysia Forest Fund dijangka bawa masuk dana AS$100 juta dalam tempoh tujuh tahun akan datang untuk menguruskan sektor perhutanan negara.
RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.